ReformIS

[ Contents | Search | Post ]

[kini-malaysia] Kini - Jumaat

From:
Date: 01 Oct 1999
Time: 08:02:23

Comments

[kini-malaysia] Kini - Jumaat

Bumiputra-Commerce: Satu mercu tanda?

1hb Oktober 1999 satu tarikh sedih. Bank Bumiputera tidak wujud lagi. Bumiputra-Commerce Bank Berhad mengambilalih. Bank baru ini memulakan operasi pada Ihb Oktober ini.

Bank Bumiputra Runtuh Kerana Penyelewengan Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), yang ditubuhkan hasil Konggeres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965, runtuh kerana rasuah dan penyelewengan lain. Skandal BMF di Hong Kong dan hutang tidak berbayar yang besar telah menjahanamkan bank tersebut.

BBMB, pada asalnya, bertujuan membantu kaum Bumiputera dalam sektor ekonomi. Tetapi fungsinya telah diselewengkan. Tiga kali kerajaan menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan BBMB, tetapi semuanya gagal. Krisis ekonomi, yang melanda Malaysia sejak pertengahan tahun 1997, merupakan pukulan maut kepada BBMB.

Kroni Daim Mengangguk Di Air Keruh Dalam keadaan BBMB lemah, maka Commerce -Asset Holding Berhad (CAHB), yang dikuasai oleh Tan Sri Halim Saad, mengambilalih BBMB. Bank Bumiputera kemudian digabungkan dengan Bank of Commerce, milik CAHB, untuk menjadi Bumiputra-Commerce Bank Berhad.

Dari sebuah bank yang dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dan mempunyai objektif membantu kaum Bumiputra dalam bidang ekonomi, kini Bank Bumiputra sudah jatuh ke tangan seorang tokoh korporat yang menjadi kroni utama Daim Zainuddin.

Mercu Tanda Kronisme Bumiputra-Commerce Bank Berhad dengan megahnya mendabik dada bahawa ia mempunyai aset bernilai RM70 bilion, rangkaian ATM lebih 700 di seluruh negara dan mempunyai 259 cawangan sehingga kini. Pengerusi Bumiputra-Commerce Bank Berhad, Tan Sri Radin Soenarno Al-Haj berkata dalam mesejnya, "Penggabungan Bank Bumiputra dan Bank of Commerce telah melahirkan satu mercu tanda yang baru,"

Memang benar satu mercu tanda yang baru telah dilahirkan. Tetapi mercu tanda apa?

Tidakkah keruntuhan Bank Bumiputra sebenarnya satu mercu tanda penyelwengan dan rasuah? Tidakkah penggabungan Bank Bumiputra dengan Bank of Commerce merupakan satu mercu tanda kronisme di sektor bank?

Mahathir Hilang Keyakinan Diri Ada sesuatu yang tidak kena pada Dr Mahathir Mohamad sekarang. Dia terpaksa ke New York menagih sokongan untuk Barisan Nasional (BN). Jangan sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Mahathir kepada para pembuat dasar, pemimpin sektor kewangan dan para pelabur Amerika dalam majlis ceramahnya kepada Council on Foreign Relations pada 28 September lalu. Jangan sokong parti-parti alternatif yang dipimpin oleh PAS, hujah Dr Mahathir lagi.

Mahathir Jaja Politik Malaysia Kemudian, Mahathir berceramah akan keburukan parti-parti alternatif, terutamanya PAS. Parti Islam itu digambarkan seburuk-buruknya oleh Mahathir di tengah-tengah pemimpin pelbagai sektor di Amerika, yang hampir semuanya bukan Islam, termasuklah George Soros. Untuk apa Mahathir menjaja politik Malaysia sedemikian murah di Amerika Syarikat itu? Tidak cukupkah sekadar menjaja bon?

Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO pada 1955 dulu ke London untuk menuntut kemerdekaan dari British. Dr Mahathir Mohamad 44 tahun kemudian ke New York mengagih sokongan orang asing untuk menang pilihanraya umum. Ini bukti Mahathir kurang yakin dengan kekuataan UMNO dan BN. Mahathir amat bimbang majoriti rakyat akan menolaknya dan BN kali ini.

Asean Malu-alah Pada Indonesia Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan supaya Asean mengganti Australia di Timor Timur. Cadangan ini sudah terlambat. Asean ternyata hilang peluang mengambil inisiatifnya dalam krisis di Timor Timur. Puncanya kerana bersikap malu -alah terhadap Indonesia. Kononnya, Asean terlalu berpegang kepada prinsip tidak mahu campurtangan dalam urusan hal ehwal dalam negeri sesama anggota.

Prinsip itu baik pada dasarnya, tetapi penindasan Jakarta ke atas Timor Timur sudah keterlaluan. Keganasan Tentera Indonesia ke atas rakyat Timor Timur yang mahukan kemerdekaan tidak dapat disembunyikan. Sekarang jenayah kemanusiaan itu akan disiasat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB.

Mahathir dan Timor Timur Bukan Mahathir sahaja, tetapi semua rakyat di Asia Pasifik yang ada maruah akan berasa terhina melihat gambar Tentera Australia mengacukan senapang kepada rakyat Timor Timur yang tidak bersenjata. Mahathir berkata bahawa Australia bersikap agak keras dalam menangani masalah di Timor Timur. Beliau mencadangkan Australia mengurangkan pasukannya dan membiarkan Asean mengambilalih tanggungjawab pengaman dan mengendalikan dengan cara yang kurang agresif berbanding sekarang.

Sebenarnya, ASEAN, Amerika Syarikat dan Australia semua pernah menyokong dan menerima serangan tentera Indonesia dulu - di bawah pimpinan Jeneral Katolik, Benny Murdani, terhadap bekas tanah jajahan Portugal itu ketika gerakan kemerdekaannya Fretilin menuntut kemerdekaan ketika Portugal bergolak.

Malaysia Undi Sokong Usul PBB Sebagai catatan rekod, Wakil Malaysia di Majlis Keselamatan PBB mengangkat tangan mengundi menyokong usul PBB untuk menghantar pasukan pengaman di Timor Timur. Sepatutnya, negara Asean bersedia lebih awal untuk menghantar pasukannya ke Timor Timur. Kenapa tidak bersedia? Kenapa Australia boleh bersedia? Asean lembik dan tidak berwibawa. Australia ambil kesempatan kerana itu.

Australia memang diakui mempunyai hubungan strategik dengan Amerika Syarikat. Ini diakui oleh William Cohen Setiausaha Pertahanan Amerika, di Darwin baru-baru ini. Amerika Syarikat imperialis besar dunia yang mahu berlagak sebagai Polis Dunia, dan Australia pula di bawah Howard mahu menjadi imperialis kecil di Asia Pasifik yang mahu menunjukkan kesombongannya ke atas rakyat Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Asean Beku dan Lesu Tetapi salah siapa semua ini berlaku? Salah anggota Asean itu. Ramai sahaja boleh diharap, tetapi beku, lesu tidak bermaya dan hilang inisiatif sehingga Australia mengambil kesempatan dari kelemahan Asean sendiri. Mahathir perlu malu pada dirinya sendiri. Selepas ketiadaan Suharto di dalam Asean, Mahathirlah pemimpin Asean yang paling senior dan kanan serta lama berkuasa di Asia Tenggara ini.

Mahathir bercakap soal sikap Tentera Australia yang keras. Hal ini Mahathir kena imbas kembali apa peranannya dalam Serangan Amerika Syarikat dalam Operasi Desert Storm ke atas Iraq pada tahun 1990 dulu.

George Bush Telefon Mahathir Satu-satunya negara Islam yang menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1990 itu ialah Malaysia. Ketika Majlis Keselamatan itu hendak mengundi usul mengebom Iraq, bagaimana sikap Malaysia?

George Bush, Presiden Amerika Syarikat, telah menalifon Mahathir pada malam sebelum pengundian usul itu dijalankan. Apabila usul dibentangkan keesokannya di Majlis Keselamatan PBB itu, wakil Malaysia telah mengangkat tangan menyokong usul tajaan Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq.

Apakah serangan Desert Storm itu lembut dan tidak agresif? Ramai rakyat Iraq yang tidak berdosa - lelaki, perempuan dan kanak-kanak dan orang tua - mati terbunuh kerana serangan udara Amerika. Mahathir ada sahamnya akan nyawa rakyat Iraq yang terkorban dan kesengsaraan mereka yang hidup hingga sekarang.

Tamat

Untuk menyertai senarai kami, sila hantar mesag kosong ke:

kini-malaysia-subscribe@egroups.com

the-malaysian-subscribe@egroups.com

Untuk keluar dari senari tersebut, sila hantar mesag kosong ke:

kini-malaysia-unsubscribe@egroups.com

the-malaysian-unsubscribe@egroups.com

Sila lawat laman kami di:

http://kini.webjump.com/

http://berita.webjump.com/

Para penerima diminta mencetak, menyalin dan mengedar Kini, terutamanya kepada mereka yang mungkin berminat. Kami juga menghendaki alamat e-mail supaya dapat mengirim risalah harian ini secara langsung.

Terima kasih atas kerjasama anda. Pink Panther

Last changed: October 01, 1999